Penyerang Selangor, Faisal Halim, dijangkakan bakal turun semula ke padang berdepan cabaran Terengganu dalam aksi kedua separuh akhir Piala FA Malaysia dengan menggunakan topeng khas malam ini.

Ini berikutan kesan daripada simbahan asid yang meninggalkan kesan pada fizikal pemain berusia 26 tahun itu.

Pada Jun lalu, Faisal meletakkan harapan untuk kembali beraksi bersama Selangor sekurang-kurangnya dalam tempoh satu atau dua bulan lagi sebelum ini dengan kini dia giat menjalani latihan secara tertutup.




Dalam satu video yang dikeluarkan oleh Selangor, menyaksikan pemain itu yang pada kebiasaannya memakai jersi nombor tujuh memegang topeng khas itu.

Skuad kendalian Nidzam Jamil akan turun malam ini dalam aksi kedua berdepan cabaran Terengganu di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya walaupun Skuad Penyu mempunyai kelebihan satu jaringan selepas menewaskan The Red Giants 3-2 di Gong Badak, Julai lalu.