Skip to main content

Bola Sepak

Piala FA: Debut bersama Sabah tonik Fergus Tierney pamer aksi terbaik

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

fergus.jpg
Penggempur baharu Sabah, Fergus Tierney, menjadikan debut bersama The Rhinos dalam kancah Liga Malaysia sebagai motivasi terbaik untuk menghadapi perlawanan seterusnya, aksi pusingan 16 Piala FA esok.

Tekad memberikan aksi terbaik andai diturunkan bertemu Bunga Raya di Paroi esok, Tierney turut berkongsi mengenai peluang membarisi kesebelasan utama ketika melawan KL City tempoh hari.

Sabah mengikat KL City 1-1 dalam aksi yang berlangsung di Stadium KLFA, Gabriel Peres meraih gol dalam masa kecederaan memadam gol pembukaan KL City yang diraih menerusi jaringan sendiri Dane Ingham.

Advertisement

Must Watch Video