Erik ten Hag berkata Alejandro Garnacho 'belum cukup bagus' dalam perlawanan sebelum ini susulan bintang muda Manchester United itu menjaringkan gol dalam kemenangan aksi Piala Carabao ke atas Crystal Palace.

Selepas merekodkan kemenangan yang diperlukan dalam saingan Liga Perdana Inggeris ketika bertemu Burnley pada Sabtu, The Red Devils meraih kemenangan 3-0 ke atas skuad bimbingan Roy Hodgson awal pagi tadi.

Casemiro menjaringkan gol kemudian melakukan hantaran silang buat gol Anthony Martial dalam perlawanan yang menyaksikan Garnacho turun dalam kesebelasan utama membuka jaringan selepas menerima hantaran Diogo Dalot.



Pemain berusia 19 tahun itu memulakan dua perlawanan pertama United musim ini, tetapi ini adalah kali pertama dia disenaraikan dalam kesebelasan utama sejak kekalahan kepada Tottenham lima minggu lalu.

“Anda melihat pada permulaan musim kami telah menurunkan Garnacho namun sumbangannya tidak cukup baik,” kata pengurus Ten Hag mengenai pemain antarabangsa Argentina itu.

“Tetapi dia kini mula mempamerkan peningkatan, sentiasa menjadi ancaman buat lawan dalam perlawanan.

“Dia perlu belajar apabila dia melakukan tugasnya ketika bertahan sementara meningkatkan lagi kualiti yang sudah dia miliki."