Skip to main content

Bola Sepak

Piala EFL: Skuad kendalian Ten Hag sebelah kaki menuju ke final

marcus-rashford_7yjng9yqanbi1da45snvp7t8x.jpg
Manchester United selangkah ke final Piala EFL dengan kemenangan 3-0 ke atas Nottingham Forest dalam aksi separuh akhir pertama awal pagi tadi.

Jaringan daripada Marcus Rashford, Wout Weghorst -- pertama untuk kelab -- dan Bruno Fernandes memastikan kemenangan pelawat di City Ground.

Selepas kehilangan dalam dua perlawanan berturut-turut dalam saingan Liga Perdana Inggeris bertemu Crystal Palace dan Arsenal, skuad kendalian Erik Ten Hag kembali menemui rentak kemenangan.

Bagi tuan rumah, ia adalah satu keputusan yang mengecewakan, dengan peluang untuk bangkit di Old Trafford kelihatan samar.

United hanya memerlukan enam minit untuk membuka jaringan, Rashford melakukan gerakan solo melepasi dua pertahanan sebelum menewaskan penjaga gol, Wayne Hennessey.

Forest mendapatkan jaringan penyamaan namun ia dibatalkan kerana Sam Surridge berada dalam kedudukan ofsaid.

Tuan rumah mula mendapat rentak namun United berjaya menggandakan jaringan apabila Weghorst menampan masuk percubaan Antony yang ditepis keluar.

Christian Eriksen hampir menjadikan kedudukan 3-0 sembilan minit selepas perlawanan bersambung, apabila percubaannya menggegar palang gol.

Ketika perlawanan semakin menemui penghujung, Forest membawa masuk bekas pemain tengah United, Jesse Lingard, dalam usaha untuk mendapatkan sesuatu, namun segalanya memihak pelawat apabila Fernandes meledak gol ketiga perlawanan pada minit ke-89 sekaligus menyaksikan United selangkah hampir ke Wembley.
   

Advertisement

Must Watch Video