PIALA EFL

Piala EFL: Arsenal tersungkur di tangan Newcastle

Stadium Astro
Muzaffar Musa
06/02/2025
01:36 MYT
Sponsor Banner
Piala EFL: Arsenal tersungkur di tangan Newcastle
NEWCASTLE UNITED 2 ARSENAL 0 (Newcastle ke final dengan agregat 4-0)
Newcastle United menempah tiket final Piala Liga Inggeris (EFL) dengan menewaskan Arsenal 2-0 dalam aksi separuh akhir kedua di St. James Park awal pagi tadi.
Dengan membawa bekalan dua gol daripada pertemuan pertama pada awal bulan lalu, jaringan Jacob Murphy dan Anthony Gordon sudah cukup untuk membawa mereka ke Wembley dengan agregat 4-0, di mana mereka akan bertemu pemenang di antara Liverpool dan Tottenham bulan depan.
Bermula dengan satu hantaran jauh daripada penjaga gol, Alexander Isak dan Gordon melakukan hantaran satu-dua tetapi percubaannya sekadar hinggap di palang sebelum Murphy menyudahkan lantunan berkenaan ke gawang lawan.
Leoandro Trossard hampir menyamakan kedudukan buat Arsenal menerusi percubaan leretnya yang diselamatkan Martin Dubravka pada penghujung babak pertama tetapi The Gunners tidak dapat meneruskan momentum itu dalam separuh masa kedua.
Gordon menemui jaringan kedua tuan rumah dengan menyempurnakan bantuan daripada Fabian Schar dan selepas itu, Arsenal tidak pernah dapat bangkit untuk akur membenarkan Newcastle ke final buat kali ketiga sepanjang sejarah penyertaan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video