Skip to main content

Bola Sepak

Piala EFL: Adakah anda terhibur?, kata pengurus Spurs selepas singkir Manchester United

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tot-man-utd.jpg
TOTTENHAM 4 MAN UTD 3

Pengurus Tottenham, Ange Postecoglou memadam sebarang kritikan terhadap pendekatan ultra-menyerang anak buahnya selepas kemenangan suku akhir Piala Liga Inggeris (EFL) 4-3 ke atas Manchester United, awal pagi tadi, sambil membangkitkan soalan: "Adakah anda tidak terhibur?"


Tottenham menamatkan aksi dramatik menentang United kendalian Ruben Amorim itu dengan tujuh gol yang menyaksikan Son Heung-min menemui sentuhan kemenangan menerusi sepakan sudut selepas membazirkan pendahuluan 3-0. 

"Saya suka segalanya, adakah anda tidak terhibur? Adakah anda lebih suka menang 1-0? Saya suka pada hakikat kami hanya turun dan memungutnya (tiga mata)," katanya. 

“Walaupun ketiadaan ramai pemain, barisan ini cuba mengekalkan gaya bola sepak yang kami mahu mainkan.

 

"Saya sangat menyukai corak permainan kami pada malam ini dan jelas detik-detik itu agak membayanginya dan tidak membantu daripada segi mendapatkan tarikan, namun mereka telah menunjukkan satu karakter yang hebat."

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video