Ronaldo diketepikan dalam kesebelasan utama oleh ketua jurulatih, Fernando Santos, untuk perlawanan kedua berturut-turut gara-gara reaksi tidak berpuas hatinya apabila digantikan ketika menentang Korea Selatan dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan.
Youssef En-Nesyri melonjak tinggi untuk tandukan yang memberi Maghribi kemaraan dan walaupun kemasukan Ronaldo dalam babak kedua, Portugal buntu dalam memburu jaringan penyamaan untuk gagal mengelak daripada tersingkir.
Kekalahan itu membangkitkan emosi Ronaldo apabila pemilik lima Ballon d'Or lima tersebut teresak-esak menuju ke bilik persalinan sebelum dia menggunakan media sosial untuk akur bahawa "impian tertinggi" untuk memenangi Piala Dunia bersama Portugal sudah berakhir.
0 - Cristiano Ronaldo has failed to score in all eight of his knockout stage appearances at the World Cup (inc. third place play-off), going 570 minutes without scoring and taking 27 shots in the process. Exit. pic.twitter.com/HyTrpoUad0
— OptaJoe (@OptaJoe) December 10, 2022
Ketika Ronaldo mengelak daripada membincangkan perancangan masa depannya di peringkat antarabangsa, Pepe berasakan penyerang itu harus dihargai atas usahanya menyarung jersi juara Euro 2016 berkenaan dalam apa jua situasi.
"Ronaldo baik-baik saja," kata Pepe kepada pemberita sebaik kembali ke Lisbon.
"Dia adalah bendera Portugis (lambang pasukan) kami. Dia telah mencapainya ke seluruh pelosok dunia.
"Dia mencurahkan sumbangannya apabila disenaraikan. Kami perlu berterima kasih kepadanya dan semua rakan sepasukannya yang melakukan yang terbaik untuk bersedia demi jurulatih."