Yunus Musah percaya seluruh dunia telah menyaksikan kualiti bola sepak Amerika Syarikat (AS) selepas mengikat England tanpa jaringan di Stadium Al Bayt.
England dianggap antara pasukan pilihan untuk menggondol trofi Piala Dunia di Qatar, tetapi mereka berdepan tekanan hebat dalam tempoh yang lama dalam perhitungan kedua Kumpulan B, sebentar tadi.
Kedua-dua pasukan buntu untuk mencipta jaringan di sebalik Christian Pulisic menegaskan pasukannya telah mempamerkan dominasi pada masa-masa tertentu.
Musah berasakan keputusan seri itu adalah adil tetapi remaja tersebut -– yang layak menyarung jersi England -– masih teruja dengan persembahan negaranya.
Pemain tengah itu percaya pasukan AS telah menghantar satu mesej mengenai kemampuan mereka apabila berkata: "Saya rasa kami beraksi dengan sangat baik hari ini, kami menunjukkan kehebatan.
“Kebanyakan daripada mereka mewakili kelab hebat di peringkat tinggi dan saya rasa hari ini seluruh dunia dapat melihat AS mampu menghasilkan perkara yang bagus.
"Saya rasa masa akan menentukan. Kami tidak boleh beraksi hebat untuk sebuah perlawanan sahaja. Kami perlu melakukannya secara tekal."
Bermain di England merupakan satu keistimewaan buat Musah, tetapi AS secara keseluruhannya perlu mengambil kesempatan itu untuk mengangkat permainan mereka menjadi salah sebuah pasukan yang terkemuka dunia.
"Kami berkali-kali telah mengatakannya. England merupakan antara pasukan pilihan untuk memenangi kejohanan ini," katanya.
"Mereka sangat mantap.
"Kami sedar mengenainya dan kami perlu menggandakan usaha pada hari ini bagi memastikan mereka tidak menjaringkan gol. Saya bangga dengan pasukan AS."

The support was next level. ? pic.twitter.com/h77zP5vdZW
— U.S. Men's National Soccer Team (@USMNT) November 25, 2022