Bayern Munich tidak berhajat untuk memancing penjaga gol Croatia, Dominik Livakovic, sebagai pengganti Manuel Neuer, menurut Oliver Kahn.
Juara Bundesliga itu dijangka kehilangan pilihan utama tersebut berikutan kecederaan kaki yang dialaminya ketika bercuti sebaik Jerman tersingkir daripada Qatar 2022.
Dengan Neuer terpaksa diketepikan musim ini, dipertimbangkan Bayern harus sama ada Sven Ulreich kekal sebagai benteng terakhir atau mereka perlu mencari calon lain.
Penjaga Dinamo Zagreb itu menikmati kempen Piala Dunia yang cemerlang bersama Croatia setakat ini apabila menjadi wira dalam penentuan sepakan penalti ketika menewaskan Brazil, tetapi Kahn tidak melihatnya sebagai pilihan utama.
“Bagi saya, pemain yang menyekat Brazil akan sentiasa menjadi wira,” kata Kahn.
"Livakovic patut dipuji. Penjaga gol seperti ini harus beraksi di kelab terkemuka.
"Saya tidak ragu-ragu bahawa perpindahan akan berlaku pada musim depan tetapi pada masa yang sama, dia tidak berada di bawah radar kami."
Kahn enggan mengulas mengenai spekulasi Bayern akan memasuki pasaran bulan depan bagi menampung ketiadaan Neuer di sebalik perlu mempertimbangkan pilihan yang ada.
"Kami kehilangan penjaga gol kami sebelum akhir musim ini," tambahnya.
"Ia amat mengerikan memandangkan dia adalah antara yang terbaik di dunia. Ini satu kehilangan yang sangat serius buat pasukan.
"Kami percaya bahawa pemulihannya akan berjalan dengan baik termasuk kepulangannya, tetapi buat masa ini kami perlu menyelesaikan masalah penggantinya. Ia hanya bersifat sementara. Manuel akan kembali."

4 - Dominik Livakovic has saved four penalties during World Cup penalty shoot-outs, the joint-most of any goalkeeper in the tournament's history. Prescience. pic.twitter.com/T3BJlDCQ37
— OptaJoe (@OptaJoe) December 9, 2022