Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Piala Dunia Qatar: Batistuta akui Messi berhak pecah rekod miliknya

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

lionel-messi_1db8j2jo6ra4g1l2ck3kt5ouex.jpg
Lionel Messi mencatatkan rekod sebagai penjaring terbanyak Argentina dalam bola sepak Piala Dunia Qatar tidak menimbulkan perasaan marah daripada pemegang sebelumnya, Gabriel Batistuta.

Bintang penyerang itu menjaringkan gol ke-11 dalam lima kejohanan dengan sepakan penalti dalam kemenangan 3-0 separuh akhir ke atas Croatia.

Ia menyaksikan Messi telah merekodkan lima gol di Qatar 2022, setanding dengan rakan sepasukan Paris Saint-Germain dan penyerang Perancis Kylian Mbappe menjelang pertembungan terakhir mereka esok.

Batistuta, yang menjaringkan 10 gol dalam tiga edisi antara Amerika Syarikat 1994 dan Korea/Jepun 2002, menegaskan dia gembira melihat rekodnya dipecahkan oleh pemain berusia 35 tahun itu.

“[Messi memecahkan rekod] langsung tidak mengecewakan saya kerana saya menikmatinya semasa saya memilikinya,” katanya kepada akhbar Argentina, Clarin. "Leo berhak memecahkan rekod itu. Jika ada seorang yang perlu berada di atas sana, dialah orangnya.

"Messi bukan makhluk asing, dia adalah manusia yang bermain bola sepak lebih baik daripada orang lain. Apabila orang itu melebihi anda, anda tidak boleh kecewa, dia hanya memberi anda kesenangan."
   

Advertisement

Must Watch Video