Ketua jurulatih Argentina, Lionel Scaloni, berkata anak buahnya sememangnya dilahirkan untuk menempuhi perlawanan Piala Dunia bertekanan tinggi selepas Lionel Messi membantu kemenangan 2-1 ke atas Australia dalam pusingan 16.
Messi menyumbat gol kesembilannya dalam Piala Dunia -– jaringan sulungnya dalam perlawanan kalah mati -– ketika Argentina mengetepikan Australia di Stadium Ahmad bin Ali, awal pagi tadi, sementara Julian Alvarez turut mencetak nama selaku penjaring berikutan kesilapan penjaga gol, Mathew Ryan.
Skuad Albiceleste bakal berhitung dengan Belanda, awal pagi Sabtu depan bagi merebut tempat ke separuh akhir, prospek yang kelihatan hampir mustahil ketika mereka membuka kempen dengan kekalahan mengejut kepada Arab Saudi, 11 hari lalu.
Ditanya bagaimana barisan pemainnya mampu mengubah nasib mereka, Scaloni berkata: "Apa yang saya katakan sebelum perlawanan Mexico ialah pemain-pemain ini dilahirkan untuk mengharungi permainan ini.
"Argentina telah menempuhi tiga perlawanan yang sangat sengit dan berdepan realiti tersingkir. Tetapi pemain ini berkeupayaan. Adakala situasi terdesak dan kegusaran mampu menyemarakkan semangat mereka.
“Walaupun perkara seperti ketika bertemu Arab Saudi mahupun jaringan Australia hari ini terjadi, kami masih perlu terus percaya dengan corak permainan kami semdoro/
"Tiada tekanan dalam bola sepak, itulah yang saya lihat. Tekanan adalah sesuatu yang berbeza.
"Jika anda menonton perlawanan Argentina hari ini, ini adalah satu kenangan yang akan kekal bersama anda selama-lamanya. Anda telah melihat barisan muda ini termasuk Leo telah memperagakan permainan cantik."

As it stands...#ARGAUS | #FIFAWorldCup | #Qatar2022 pic.twitter.com/n2DBCWrXh4
— Opta Analyst (@OptaAnalyst) December 3, 2022