ARGENTINA 1 ARAB SAUDI 2
Arab Saudi melakar kejutan terbesar dalam Piala Dunia Qatar 2022 apabila bangkit untuk menewaskan Argentina 2-1 dalam aksi pembukaan Kumpulan C, sebentar tadi.
La Albiceleste -- hadir selaku antara pasukan pilihan untuk menjuarai edisi 2022 -- bermula dengan baik di Stadium Lusail dengan melancarkan ujian awal terhadap gawang yang dikawal Mohammed Al Owais dan mendahului selepas 10 minit permainan hasil sepakan penalti Lionel Messi.
Anak buah Lionel Scaloni itu turut dihampakan berikutan tiga jaringan mereka dibatalkan kerana ofsaid sebelum rehat.
Kedudukan itu dimanfaatkan sepenuhnya oleh Arab Saudi dalam tempoh lima minit awal separuh masa kedua.
Saleh Al Shehri menyamakan kedudukan buat pasukan kendalian, Herve Renard, tersebut sebelum Salem Al Dawsari memastikan kemenangan penuh bersejarah mereka itu tidak lama kemudian menerusi sentuhan hebat dari tepi kotak penalti, sekali gus meleburkan rekod kebal 35 perlawanan milik juara Copa America berkenaan.

???#KSA | #FIFAWorldCup pic.twitter.com/637LVrSqvA
— FIFA World Cup (@FIFAWorldCup) November 22, 2022