Gareth Southgate sepatutnya merehatkan Harry Kane untuk perlawanan terakhir Kumpulan B, Piala Dunia di antara England dan Wales, menurut bekas kapten Three Lions, Alan Shearer.
Kane merangkul Kasut Emas selepas menjaringkan enam gol dalam edisi 2018 untuk menjadi pemain England pertama memenangi anugerah itu sejak pencapaian Gary Lineker, 32 tahun lalu.
Kapten The Three Lions itu tidak mampu menghasilkan sebarang percubaan tepat ketika mereka membelasah Iran 6-2 termasuk seri tanpa jaringan dengan Amerika Syarikat (AS) sepanjang kempen di Qatar kali ini.
Shearer berpendapat Callum Wilson perlu dipertaruhkan dalam barisan utama berbanding Kane ketika berdepan Wales awal pagi Rabu ini untuk pasukan yang dikemudi Southgate itu mengesahkan tempat ke pusingan 16.
Dia berkata dalam ruangan BBC: "Saya tidak terlalu mengambil berat tentang statistik itu (Kane tidak mencatat sebarang percubaan tepat) kerana kita tahu peranan yang dimainkan Harry bersama pasukan England ini, walaupun dia sendiri tidak menemui sentuhan pemusnah.
"Tetapi berdasarkan persembahannya ketika menentang AS, jelas ada sesuatu yang tidak kena.
“Dia berasa khuatir dengan buku lalinya sebelum bertemu AS tetapi selepas memainkan peranan besar dalam prestasi pasukan yang mengagumkan ketika berjumpa Iran dengan menghasilkan dua gerakan gol, dia kelihatan sangat letih bagi saya.
"Mungkin sudah tiba masanya untuk mempertimbangkan merehatkannya dan menggunakan khidmatnya di peringkat kalah mati.
"Saya mempunyai perasaan terhadap kelicikan Callum Wilson apabila bertemu Wales kelak.
"England perlukan kesegaran dalam usaha mengembalikan faktor suasana gembira selepas kecewa sekadar seri dengan AS, ia juga bertujuan untuk memulihkan keyakinan."

Thank you for your support tonight, #ThreeLions fans! ? pic.twitter.com/gxTjcnua2v
— England (@England) November 25, 2022