EPL

Piala Dunia Kelab: Chelsea pasang misi besar

Stadium Astro
Shaiful Shamsudin
18/03/2025
02:05 MYT
Sponsor Banner
Piala Dunia Kelab: Chelsea pasang misi besar
Enzo Maresca percaya Piala Dunia Kelab yang berwajah baru menjadi motivasi hebat untuk membangkitkan keterujaan Chelsea dan mahu memenanginya pada musim panas ini.
Kejohanan ini telah diperluaskan kepada 32 pasukan termasuk 12 dari Eropah dan akan berlangsung di seluruh Amerika Syarikat di antara Jun dan Julai depan.
The Blues memastikan tempat mereka selepas dinobatkan sebagai juara Eropah 2021 menerusi kemenangan 1-0 Liga Juara-Juara (UCL) ke atas Manchester City di Porto.
Chelsea diletakkan dalam Kumpulan D di samping Flamengo, Club Leon dan Esperance Sportive de Tunis, dengan perlawanan pertama mereka berlangsung pada 16 Jun di Atlanta.
Namun, dengan Chelsea terkeluar daripada perebutan trofi utama musim ini di bawah asuhan Maresca, maka pengurus Itali itu percaya kejohanan ini adalah peluang terbaik untuk menjulang kejuaraan pertamanya bersama kelab London tersebut.
"Itulah yang anda perlukan untuk melihatnya sebagai sumber motivasi," katanya.
"Seperti yang saya katakan sebelum ini, apabila anda berada di Chelsea, matlamat anda adalah untuk menang sebanyak yang mungkin. Dan apabila kami berada di sana, ia akan menjadi salah satu matlamat kami: untuk cuba memenanginya.
"Saya gembira kerana seperti yang anda baru katakan, ini adalah kejohanan yang mengumpulkan 32 pasukan terbaik di dunia. Jadi, adalah cukup mengujakan untuk mengambil bahagian dalam pertandingan yang sebegini besar.
"Dan saya juga berpeluang untuk berdepan dengan jurulatih terkemuka yang lain serta beberapa pasukan bertaraf dunia."
Topic Berkaitan
Must-Watch Video