Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Piala Dunia Kelab: Atletico Madrid menang tapi...

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

atletico.jpg
Pasukan Brazil, Botafago, mara ke pusingan 16 Piala Dunia Kelab biarpun tewas 0-1 kepada pasukan gergasi Sepanyol, Atletico Madrid, dalam perlawanan terakhir Kumpulan B, Piala Dunia Kelab FIFA di Stadium Rose Bowl, Amerika Syarikat awal pagi tadi.

Bekas pemain kebangsaan Perancis, Antoine Griezmann, muncul penjaring tunggal perlawanan itu dengan menyudahkan lintangan Julian Alvarez pada minit ke-87.

Keputusan itu menyaksikan Atletico tersingkir daripada saingan dengan hanya perbezaan satu beza jaringan dengan Botafago untuk akur menamatkan saingan awal itu di tempat ketiga.

Ini gara-gara kelahan besar 0-4 yang dialami mereka ketika berdepan Paris Saint-Germain (PSG) pada 16 Jun lalu dan dengan PSG menewaskan Seattle Sounders 2-0 dalam satu lagi perlawanan, Atletico terpaksa akur gagal meneruskan kemaraan.

Botafago, yang menewaskan juara Eropah, PSG, 1-0 dalam perlawanan kedua mereka pada Jumaat lalu, akan mengiringi PSG ke pusingan kedua selepas ketiga-tiga pasukan terikat dengan enam mata.


 

Advertisement

Must Watch Video