Kehadiran Aset Kayamas dan Wonda Coffee selaku rakan penaja bakal memeriahkan lagi liputan Astro untuk Piala Dunia Russia 2018.
Sebagai penyiar rasmi Russia 2018, Astro akan menyiarkan 64 perlawanan, di mana 37 bersifat eksklusif dan akan disiarkan secara langsung menerusi siaran definisi tinggi HD.
Pelanggan Asto yang memiliki pas saluran Piala Dunia juga boleh menikmati pelbagai kelebihan sepanjang kejohanan berkenaan.
Malah, Astro Arena juga dijadualkan membawa 27 perlawanan terpilih.
Tetapi penglibatan Aset Kayamas dan Wonda Coffee ini akan menawarkan tambahan pengalaman Piala Dunia menerusi platform berbeza yang melibatkan aktiviti sampingan.
"Kami sangat teruja membawa Aset Kayamas dan Wonda Coffee sebagai sebahagian daripada penaja untuk Piala Dunia.
"Dengan perbincangan bersama mereka dan rakan kami Fox Sports, kami akan mengadakan pelbagai aktiviti seperti acara peminat semasa Piala Dunia," kata Ketua Pegawai Sukan Astro, Lee Choong Khay.