'Piala Dunia tanpa minuman keras?', tanya penyampai radio LBC kepada kedutaan Arab Saudi, Putera Khalid bin Bandar Al Saud mengenai penganjuran bola sepak tertinggi dunia yang bakal berlangsung tahun hadapan.
Tiada alkohol akan dijual di negara itu.
Ini merupakan pendekatan berbeza yang diambil berbanding Piala Dunia Qatar di mana minuman keras dijual di tempat yang telah ditetapkan serta hotel lima bintang, semuanya pada harga yang sangat melambung tinggi.
"Pada masa ini, kami tidak membenarkan alkohol," kata Putera Khalid dalam wawancara itu.
“Setiap orang mempunyai budaya mereka sendiri.
"Kami gembira untuk menampung orang dalam sempadan budaya kami tetapi kami tidak mahu mengubah budaya kami untuk orang lain," tambah Putera, yang menegaskan bahawa Piala Dunia "bukan acara Saudi, ia adalah acara dunia dan, sebahagian besarnya, kami akan mengalu-alukan semua orang yang ingin datang."