Skip to main content

Bola Sepak

Piala CAFA: Tarik diri bukan keputusan popular -- pakar

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

malaysia-nt.jpg
Keputusan penarikan diri daripada menyertai saingan Piala CAFA dianggap sebagai keputusan kurang popular dan menerima kritikan pemerhati serta penyokong bola sepak negara.

Ini selepas ketua jurulatih skuad negara, Peter Cklamovski, memilih untuk mementingkan reputasi skuad kebangsaan, yang tidak dapat turun dengan skuad penuh sekiranya menyertai kejohanan di Tajikistan itu pada penghujung bulan depan 

Pakar bola sepak Astro Arena, Asmawi Bakiri, berkata kepada wartawan, Fina Nasrom: "Ia agar dapat mengumpulkan segala kekuatan yang dimiliki skuad negara pada ketika ini dan dalam masa yang sama mahu menjaga reputasi skuad negara.

"Saya dapat lihat ia bukan satu keputusan yang mudah dan ia tidak memihak kepada mana-mana pihak.

"Tetapi ia kelihatan lebih kepada satu keputusan yang nampak tidak baik daripada segi komitmen yang telah diberikan kepada pengurusan CAFA.

"Ia impak yang besar, apakah keputusan skuad negara selepas ini?

"Apabila menolak pelawaan CAFA dan kita mengadakan aksi persahabatan dengan menjemput pasukan lain, adakah pasukan negara sudah tergolong sebagai pasukan yang kuat atau masih belum?" katanya.
 

Advertisement

Must Watch Video