Skip to main content

Bola Sepak

Piala CAFA: Pengalaman berharga jumpa pasukan handalan dunia -- Safawi Rasid

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

safawi-rasid.jpg
Penggempur baharu Kuala Lumpur (KL) City, Safawi Rasid, menganggap penghijrahan beberapa bekas rakan sepasukan di Johor Darul Ta'zim (JDT) ke skuad Warga Kota sebagai tunjang untuk mengulangi prestasi cemerlang dengan 19 gol jadi sasaran peribadinya musim ini.

"Saya berbesar hati kerana KL berminat dapatkan saya daripada kelab, JDT.

"Saya gembira dengan suasana bersama rakan sepasukan setakat ini," katanya dalam temu bual bersama wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

Safawi turut berkongsi mengenai peluang berentap dengan pasukan yang menempah tiket ke Piala Dunia 2026, Iran dalam Piala CAFA, bulan depan.

"Kami diundi dalam kumpulan sukar. Ia perlawanan-perlawanan dan kejohanan yang bagus buat pasukan kebangsaan. 




"Iran yang mempunyai beberapa pemain yang beraksi di Eropah seperti penyerangnya, Mehdi Taremi, merupakan pasukan pilihan di peringkat kumpulan.

"Kami mahu berbuat sesuatu dan belajar sesuatu dalam perlawanan seperti ini," katanya. 

"Saya perlu teruskan usaha dan buat yang terbaik pada musim ini. Banyak yang boleh dipelajari dalam pasukan kebangsaan dan juga sokongan Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, mampu membantu pasukan kebangsaan pergi lebih jauh," katanya. 

 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video