Skip to main content

Bola Sepak

Piala CAFA: Hannah Yeoh ulas isu Harimau Malaya tarik diri

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hannah-yeoh.jpg
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, akur dengan sebab-sebab yang diberikan jurulatih kebangsaan dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berhubung penarikan diri skuad Harimau Malaya daripada menyertai Piala Negara Negara CAFA 2025.

Malaysia diundi dalam Kumpulan B bersama tuan rumah, Tajikistan, Afghanistan serta juara bertahan, Iran, pada hujung bulan depan. 

Bagaimanapun, sejak pengumuman tergempar tersebut, wujud kebimbangan bahawa hubungan skuad negara bersama negara di Teluk Arab terjejas.

Pelbagai andaian dan spekulasi tersebar di media sosial sehingga menarik perhatian Hannah.

penyertaan pasukan MAlaysia dalam apa-apa pertandingan -- yang pentingnya jurulaith dan pemain bersedia. 

jurulatih lebih tahu mengenai persiapan pasukan. Saya menerima sebab yang diberikan jurulatih dan yakin dia dan persatuan. 

"Saya akur, saya OK dan saya terima sebab-sebabnya. 

"Jurulatih pun sudah ulas, mereka alasan di sebaliknya. 

"Tiada sebab untuk mendesak mereka agar menyertainya," katanya. 




 

Advertisement

Must Watch Video