PDRM mempunyai peluang untuk menutup musim 2023 dengan lebih cemerlang apabila turun dalam perlawanan pertama final Piala Cabaran MFL menentang Kuching City di Stadium MBPJ, malam esok.
Kapten PDRM, Amir Saiful Badeli, bertekad memastikan penamat sempurna buat The Cops setelah mengharungi musim yang baik dalam saingan Liga Malaysia 2023.
Ia menyaksikan PDRM berjaya buat kejutan ke atas beberapa pasukan handalan Liga Super termasuk kemaraan ke pentas final MFL Challenge Cup buat julung kali.
"Sejujurnya tahun ini, tahun yang agak sukses untuk PDRM. Kalau tengok pemain, tiada yang 'superstar' tapi kita satu hati dan saling bekerjsama", kata Amir Saiful.
Tambahnya lagi, "Jadi, keputusan ini memberangsangkan untuk pasukan. Kalau orang tengok, 'underdog' tapi bila jumpa pasukan besar kita bagi tentangan dan keputusan menyebelahi kami".
Bagi kem Kuching City pula, kapten pasukan Alif Hassan menegaskan pasukannya berada dalam motivasi terbaik untuk berkunjung ke Petaling Jaya setelah berjaya mengelak jadi mangsa belasahan Johor Darul Ta'zim pada khamis lalu.
Sekadar tewas 0-2, Alif yang diberi rehat untuk perlawanan itu menuntut rakan sepasukan manfaat peluang beraksi di final demi trofi sulung kelab berkenaan dalam sejarah Liga Malaysia.
"Bagi saya, untuk bermain di final semua pemain mahu bermain dan jika saya diberi peluang untuk bermain, saya akan buat yang terbaik untuk final. Pasukan PDRM mempunyai pemain yang bagus, kita tidak boleh leka dan fokus sepanjang perlawanan esok". kata Alif Hasan.
Untuk makluman, Perlawanan final pertama MFL Challenge Cup bakal berlangsung pada esok, 29 November dengan sepak mula jam 8.15 malam di saluran Astro Arena 801 dan aplikasi Astro GO.

Info siaran langsung : Final MFL Challenge Cup PDRM vs Kuching Cityhttps://t.co/FR2SHb6cn1
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) November 28, 2023