KOREA SELATAN 1 FILIPINA 0
Hwang Ui-jo menjaringkan gol tunggal perlawanan ketika Korea Selatan menang tipis ke atas Filipina dalam saingan peringkat Kumpulan C, Piala Asia di Stadium Rashid Al-Maktoum, Dubai, sebentar tadi.
Skuad kendalian Paulo Bento itu turun tanpa khidmat bintang Tottenham Hotspur, Son Heung-min, dan mereka jelas merindui tonggak serangan itu ketika berdepan Filipina yang sentiasa teratur sewaktu bertahan.
Bagaimanapun, mereka mempamerkan belang sebenar dalam separuh masa kedua.
Filipina yang bermain secara selamat -- dalam kemunculan pertama mereka dalam kejohanan itu -- menyukarkan gerakan menyerang yang direncanakan Korea Selatan dalam babak pertama.
Bagaimanapun, mereka gagal mengekalkan pendekatan itu dalam babak berikutnya sehingga Ui-jo menjaringkan gol kemenangan bagi mengelakkan Korea Selatan ditimpa aib sebagai pasukan pilihan.
Korea Selatan sepatutnya di depan menjelang waktu rehat, namun sepakan lemah Ui-jo mudah diselamatkan penjaga gol The Azkals, Michael Falkesgaard.
Dominasi itu berkekalan selepas perlawanan bersambung dan usaha tanpa henti skuad Taegeuk Jeonsa itu membuahkan hasil sebaik Ui-jo memanfaatkan hantaran 'cut-back' daripada Hwang Hee-chan untuk menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-67.