UAE 2 INDIA 0
Emiriah Arab Bersatu (UAE) melonjak ke tangga teratas Kumpulan A, Piala Asia selepas menewaskan India 2-0 di Stadium Zayed Sports City, Abu Dhabi, awal pagi tadi.
Khalfan Mubarak menjaringkan gol pendahuluan pada minit ke-41 sebelum Ali Ahmed Mabkhout melengkapkan keputusan perlawanan dalam separuh masa kedua selepas tenang menyudahkan hantaran terus Ali Hassan Salmin yang meletakkan skuad tuan rumah itu mengemudi carta Kumpulan A.
Keputusan itu nyata berat untuk diterima India dengan dua percubaan mereka dalam babak kedua sekadar hinggap di palang lawan.
Selepas menewaskan Thailand 4-1 minggu lalu, skuad kendalian Stephen Constantine itu perlu menewaskan pasukan di tangga tercorot, Bahrain, bagi memastikan tempat dalam pusingan kedua.
Sunil Chhetri, yang menjaringkan dua gol ketika India menewaskan Thailand, hampir melebarkan rekod jaringannya dalam separuh masa pertama.
Namun, dia gagal menanduk masuk hantaran lintang daripada Anirudh Thapa ketika percubaannya itu sekadar melewati palang gol Khalid Eisa Bilal.
UAE lega menuju ke bilik persalinan dengan bekalan satu gol selepas pemain tengah, Mubarak, memanfaatkan kesilapan pertahanan lawan, Gurpreet Singh Sandhu, untuk menjaringkan gol dari sudut sukar.
India berpeluang mengikat kedudukan tidak lama selepas itu, namun Chhetri yang melepasi deretan pertahanan tuan rumah hanya melakukan percubaan lemah.
India terus memberikan ancaman dalam babak kedua.
Udanta Singh hampir menamatkan pemburuan skuad Singa Biru itu pada minit ke-55 tetapi palang gol pula menjadi penghalang.
Ketika India sedang rancak menyerang, mereka dikejutkan dengan jaringan kedua UAE menerusi Mabkhout pada minit ke-89.
Usaha berterusan India, bagaimanapun, wajar diberikan pujian.
Malangnya, rembatan Sandesh Jhingan pada masa kecederaan juga terkena palang gol lawan.