Skip to main content

Bola Sepak

Piala Asia: Syria pecat Stange

bernd-stange.jpg
Syria memecat ketua jurulatihnya, Bernd Stange, selepas pasukan itu tewas 0-2 kepada Jordan dalam aksi Kumpulan B, Piala Asia di Al Ain, malam tadi.

Stange, yang mula mengemudi pasukan itu pada Februari 2018, dipecat selepas Syria hanya mampu meraih satu mata daripada dua perlawanan peringkat kumpulan.

Menjelang perlawanan terakhir berdepan Australia, Selasa ini, Syria mencari perubahan pasukan dengan mengesahkan pemecatan Stange dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sebentar tadi.

Sebagai rekod, Stange merupakan jurulatih kedua yang dipecat dalam minggu pertama kejohanan itu berlangsung.

Terdahulu, Thailand memecat Milovan Rajevac selepas pasukan itu diaibkan India dengan kekalahan 1-4.

Thailand kemudian bangkit untuk menewaskan Bahrain 1-0 malam tadi.

Advertisement

Must Watch Video