Bekas perancang Harimau Malaya, Ismail Faruqi Ashari, menggesa semua peminat bola sepak negara percaya akan proses yang sedang dilakukan ketua jurulatih, Kim Pan-gon, dalam membina skuad terbaik menjelang saingan Piala Asia 2023 di Qatar awal tahun depan.
Ismail Faruqi turut mengakui ada perkembangan positif terhadap corak permainan skuad negara berbanding sebelum ini dan bekas tonggak Terengganu itu, yang kali terakhir menyarung jersi Harimau Malaya pada 2015, berharap agar peminat akan terus memberikan sokongan jitu kepada barisan negara menjelang kejohanan bola sepak terbesar di Asia itu Januari depan.
Rabu lalu, skuad negara bimbingan Pan-gon cemerlang mengatasi Kepulauan Solomon 4-1 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak dan akan bertemua Papua New Guinea bagi satu lagi aksi persahabatan antarabangsa tier 1 di venue sama pada Selasa ini.
"Saya dapat lihat ada perubahan yang begitu besar daripada skuad kebangsaan kita di bawah kendalian jurulatih Kim Pan-gon," kata Ismail Faruqi kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.
"Sekarang kita dapat lihat kualiti permainan kini lebih laju berbanding zaman dahulu.
"Kini ia lebih kepada taktikal moden dan dan itulah yang sedang diterapkan jurulatih Kim Pan-gon," katanya.