Jurulatih Oman, Pim Verbeek, menggesa pasukannya untuk menjaringkan seberapa banyak gol ke atas Turkmenistan tatkala mereka berusaha keras untuk layak ke pusingan kalah mati Piala Asia 2019 sebagai salah satu daripada empat pasukan terbaik di tangga ketiga peringkat kumpulan.
Anak buah Verbeek itu akan beraksi dalam perlawanan terakhir Kumpulan F dengan hakikat tewas dalam dua perlawanan awal.
Namun, perbezaan jaringan menyaksikan mereka hanyalah dibolosi dua gol dan ini bermakna mereka berpeluang untuk layak sekiranya berjaya menewaskan Turkmenistan.
Turkmenistan turut berada dalam situasi yang sama, namun akan turun malam ini dengan jurang perbezaan dibolosi lima gol selepas dibelasah 4-0 oleh Uzbekistan dalam aksi lalu.
Verbeek enggan mensia-siakan peluang kemaraan di sebalik tewas dalam dua perlawanan, justeru dia meletakkan tekanan kepada pemainnya untuk memburu gol.
"Kami perlu menang," kata jurulatih kelahiran Belanda itu kepada pemberita.
"Kami sedar catatan perbezaan bolos satu jaringan sudah memadai. Kami akan melakukan segala-galanya untuk menyumbat seberapa banyak gol yang mungkin. Kami memiliki tempoh sepanjang 90 minit tetapi adalah lebih baik untuk menjaringkan gol lebih awal.
"Semua pemain sudah bersedia, kami tidak mempunyai kad merah atau kecederaan. Kami perlu mencurahkan segala usaha untuk menjadikannya permainan yang baik, kami tidak boleh melakukan kesilapan," katanya lagi.
Sementara itu, jurulatih Turkmenistan, Yazguly Hojageldyyew, berkata: "Kami sedar Oman adalah pasukan yang sangat baik tetapi masih ada peluang untuk kedua-dua pasukan ini layak.
"Kami sedar telah beraksi buruk sebelum ini dan kami melakukan beberapa kesilapan tetapi kami sudah berbincang dan pemain berasa yakin."