Penjaga gol utama pasukan kebangsaan, Syihan Hazmi yang beraksi cemerlang terus mendapat perhatian dan layak menerima pujian selepas aksi terakhir kumpulan E Piala Asia Qatar 2023 menentang Korea malam tadi.

Syihan Hazmi yang dalam prestasi terbaik dilihat kerap berjaya menangkis asakan pemain Korea sehinggakan mereka buntu untuk 'menambah' jaringan. Ini telah memberikan kelegaan kepada peminat dan penyokong Harimau Malaya untuk menyaksikan beliau terus berada di dalam prestasi terbaik bersama skuad kebangsaan.

Namun apa yang lebih mencuri tumpuan, bukan sahaja persembahan beliau sahaja yang menjadi bualan, akan tetapi wajah beliau turut menjadi buah mulut netizen Korea yang memuji penampilannya.

"I saw a tweet saying the Malaysian goalkeeper was cute. After the game, my mom also said the goalie was cute. I agree too​"
"Guys, the Malaysian goalkeeper looks so cute.."

"The Malaysian goalkeeper is good, but he’s cute"Akan tetapi, tidak kurang juga di antara mereka yang memuji kecekapan dalam persembahan Syihan Hazmi menentang pasukan kebangsaan mereka semalam.

"But the Malaysian goalkeeper is really good....."
"Why is the Malaysian goalkeeper so good?"

Semoga persembahan Syihan Hazmi di Piala Asia kali ini mampu membuka mata ramai pihak agar ada peluang untuk beliau bersinar dalam liga ternama di luar pada masa akan datang dan seterusnya membantu pasukan kebangsaan untuk berada di kedudukan lebih baik.

Lagi berita mengenai Piala Asia Qatar 2023