Harimau Malaya naik tiga anak tangga dari kedudukan ke-136 ke 133 dunia selepas menamatkan kempen Piala ASEAN FIFA di tempat ketiga baru-baru ini.
Perkara itu disahkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam satu hantaran media sosial sebentar tadi.
Biarpun menduduki tangga ketiga, pasukan bimbingan Tan Cheng Hoe itu menamatkan kempen di Indonesia itu dengan rekod tanpa kalah dan tanpa bolos.
Mereka bermula dengan menewaskan Bangladesh 3-0 sebelum terikat 0-0 dengan Indonesia dan berpesta gol 6-0 ke atas Singapura dalam saingan peringkat kumpulan.
Dalam penentuan tempat ketiga pula, Malaysia menamatkan penantian 12 tahun untuk menewaskan Vietnam 1-0 hasil jaringan tunggal Fergus Tierney.