Skip to main content

Bola Sepak

Piala Asia: Lippi tinggalkan China

marcelolippi.jpg
Marcello Lippi meletak jawatan selaku ketua jurulatih China selepas mereka tersingkir daripada saingan Piala Asia, semalam.

Lippi mengesahkan tidak lagi membimbing China selepas tewas 3-0 kepada Iran dalam suku akhir Piala Asia di Abu Dhabi.

Pengendali yang membawa Itali menjuarai Piala Dunia 2006 itu dilantik pada 2016 selepas mencipta kejayaan bersama Guangzhou Evergrande tiga musim berturut-turut.

"Perlawanan ini mengakhiri kontrak saya bersama pasukan China, saya sangat berbangga dengan peningkatan yang dipamerkan oleh barisan pemain," kata Lippi.

"Saya telah mencuba yang terbaik dan berterima kasih di atas sokongan anda semua.

"Semua pihak telah menjangkakan perlawanan memihak kepada Iran dan kami sudah berusaha untuk mengubah keputusan perlawanan.

"Iran adalah pasukan yang kuat dan kesilapan yang dilakukan digunakan sebaik mungkin oleh mereka untuk meledak jaringan.

"Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada pemain yang berusaha sebaik mungkin sepanjang saingan Piala Asia," katanya lagi.

 

Advertisement

Must Watch Video