Ahmed Khalil masuk selaku pemain gantian untuk menjaringkan sepakan penalti lewat permainan ketika tuan rumah Piala Asia, Emiriah Arab Bersatu (UAE), mengikat Bahrain 1-1 dalam aksi pembukaan kejohanan edisi 2019, semalam.
Pengendali UAE, Alberto Zaccheroni, menjangkakan laluan mudah dalam kejohanan kali ini, namun sangkaan itu meleset dalam aksi pembukaan Kumpulan A itu.
Selepas Mohamed Al Rohaimi memberikan Bahrain pendahuluan pada minit ke-78, Zaccheroni membawa masuk Khalil dan kepercayaannya itu dibalas selepas penyerang itu menjaringkan gol penyamaan menerusi sepakan penalti.
UAE seharusnya berada di depan lebih awal sekiranya Ismail Al Hamadi tenang ketika melalui situasi satu lawan satu dengan Sayed Shubbar Alawi tatkala Komail Alaswad hampir menyumbat gol buat Bahrain menerusi sepakan percuma.
Kegagalan Khalid Eissa Bilal menafikan rembatan Ali Jaafar Madan hampir membuatkan tuan rumah ketinggalan lebih awal walaupun dia menutup kesilapan dengan mengekang percubaan susulan Al Rohaimi sebelum Ali Ahmed Mabkhout mengeluarkan bola dari pintu gol yang terbuka.
Al Rohaimi lebih tajam dalam peluang seterusnya, menyempurnakan peluang kedua hasil bola yang dikeluarkan dari garisan gol oleh Khalifa Ghanim tetapi UAE tidak menyerah kalah.
Sebaik sahaja masuk selaku pemain gantian, Mohamed Marhoon, didakwa akibat bola terkena tangan dan Khalil -- yang memerlukan dua gol untuk menyamai rekod 52 jaringan buat UAE milik Adnan Al Talyani -- tidak melakukan kesilapan.
Zaccheroni kini perlu mempersiapkan pasukan untuk aksi getir berdepan India sambil Bahrain bakal menentang Thailand, Khamis ini.