IRAN 5 YAMAN 0
Mehdi Taremi menjaringkan dua gol dalam separuh masa pertama ketika membantu Iran melakar kemenangan bergaya 5-0 ke atas Yaman dalam aksi pembukaan Kumpulan D, Piala Asia, awal pagi tadi.
Skuad bimbingan Carlos Quieroz itu merupakan pilihan utama kejohanan menerusi ranking FIFA dan mereka menggunakan status tersebut dengan mempamerkan persembahan cemerlang di Stadium Mohammed Bin Zayed.
Selepas Taremi meledak dua gol pembukaan dalam tempoh 25 minit pertama, Iran tidak mengurangkan keamatan permainan dengan menambah lagi bilangan jaringan menerusi Ashkan Dejagah untuk mengakhiri separuh masa pertama 3-0.
Sardar Azmoun dan Saman Ghoddos menambah lagi bilangan jaringan, sekali gus memberikan tiga mata buat Iran.
Iran seharusnya menamatkan separuh masa pertama dengan 10 pemain, namun terjahan dua kaki Majid Hosseini ke arah Emad Mansoor Tawfik tidak diberikan sebarang hukuman oleh pengadil, Ryuji Sato.
Vietnam bakal menjadi halangan seterusnya buat Iran, Sabtu ini, manakala Yaman harus mencari jalan untuk bangkit ketika berdepan Iraq.