VIETNAM 0 INDONESIA 1
Indonesia membuka peluang untuk ke pusingan 16 Piala Asia Qatar apabila menewaskan Vietnam 1-0 dalam aksi kedua Kumpulan D di Stadium Abdullah bin Khalifa lewat malam tadi.
Kemenangan itu juga menyaksikan skuad Garuda itu menamatkan badi enam perlawanan tanpa kemenangan ke atas Vietnam, sekali gus menghantar pulang lawan berkenaan lebih awal berbaki satu perlawanan peringkat kumpulan.
Indonesia jelas pasukan yang lebih berkeinginan untuk memenangi perlawanan itu dan mereka memberikan tekanan seawal minit pertama sambil jentera tengah Vietnam pula tidak dapat menguasai bola, sama seperti ketika tewas kepada Jepun dalam perlawanan pertama.
Ketika Vietnam mula mendapatkan penguasaan, Indonesia pula mendapatkan jaringan pembukaan melalui sepakan penalti yang disempurnakan Asnawi Mangkualam pada minit ke-40 susulan insiden Nguyen Thanh Binh menarik baju Rafael Struick.
Malang berganda menimpa Vietnam tatkala mereka memburu jaringan penyamaan dalam babak kedua apabila Le Pham Thanh dilayangkan kad kuning kedua pada minit ke-83 kerana mengasari Marselino Ferdinan dalam usahanya mematahkan serangan balas Indonesia.
Vietnam seterusnya akan bertemu Iraq, yang mengejutkan Jepun 2-1 dalam perlawanan terdahulu, manakala Indonesia pula akan bertemu Jepun dalam aksi terakhir Kumpulan D pada Rabu depan.