CHINA 2 KYRGYZSTAN 1
China bangkit daripada ketinggalan untuk meraih kemenangan pertama selepas menewaskan Kyrgyzstan 2-1 di peringkat kumpulan Piala Asia di Stadium Antarabangsa Sheikh Khalifa, Abu Dhabi, sebentar tadi.
Dua kesilapan daripada penjaga gol Kyrgyzstan, Pavel Matiash, menafikan usaha awal yang dilakukan Akhlidin Israilov yang meletakkan pasukan itu di depan pada minit ke-42.
Hanya lima minit diperlukan China untuk kembali mengikat kedudukan sebaik perlawanan bersambung selepas waktu rehat.
Kegagalan Matiash untuk mengagak tepat bola yang ditanduk pemain pertahanan, Valeri Kichin, susulan percubaan jarak jauh Wu Lei, memberikan jaringan penyamaan buat China.
Wu Xi hampir memberikan jaringan kemenangan lebih awal buat skuad kendalian Marcello Lippi itu, namun tandukannya tersasar.
Penguasaan China berterusan menerusi gerakan hampir sama daripada Wu Lei yang gagal menanduk kemas hantaran lintang Liu Yang.
Gol kemenangan tiba ketika masa sebenar berbaki 12 minit.
Matiash sekali lagi melakukan percaturan kurang bijak apabila keluar lebih awal daripada kawasan jagaannya yang dimanfaatkan Yu Dabao dengan menolak masuk bola ke gawang yang tidak dijaga itu.