THAILAND 1 INDIA 4
Sunil Chhetri muncul wira India yang melakar kemenangan 4-1 ke atas Thailand untuk membuka kempen Piala Asia 2019 dengan bergaya di Stadium Al Nahyan, Abu Dhabi, sebentar tadi.
Penjaring terbanyak India, Chhetri, 34, menemui sentuhan penyudah sebanyak dua kali -- jaringan ke-66 dan 67 buat negaranya -- sebelum gol sulung Anirudh Thapa di peringkat antarabangsa dan jaringan pemain pengganti, Jeje Lalpekhlua, meletakkan India dalam kedudukan selesa.
Teerasil Dangda, yang merupakan pemain tunggal yang masih kekal selepas kali terakhir Thailand beraksi dalam Piala Asia pada 2007, menyamakan kedudukan dalam separuh masa pertama tetapi pasukan bimbingan Steven Constantine itu menguasai sepenuhnya permainan untuk berhak muncul sebagai pemenang.
India mencatat keputusan sekali seri dan enam kekalahan dalam tujuh perlawanan terakhir kempen Piala Asia tetapi mereka kini berada di kedudukan teratas Kumpulan A susulan kemenangan pertama dalam kejohanan itu sejak mereka menjadi juara pada 1964.
Susulan kekalahan buruk itu, Thailand hanya berhasil menang sekali dalam 21 perlawanan Piala Asia.
Mereka memulakan permainan dengan baik dan hampir di hadapan apabila Adisak Kraisorn melepaskan rembatan jarak jauh yang memaksa kapten India, Gurpreet Singh Sandhu, melakukan aksi menyelamat.
Bagaimanapun, keputusan kontroversi pengadil menjadikan permainan ini berat sebelah kepada India. Tendangan Ashique Kuruniyan sempat diselamatkan oleh Chatchai Budprom dan bola itu melantun ke lengan pertahanan, Theerathon Bunmathan, yang berada berdekatan.
Situasi itu menghadiahkan sepakan penalti kepada India untuk tonggak veteran, Chhetri, menghantar Chatchai ke arah bertentangan untuk gol pada minit ke-27.
Theerathon menebus kesilapannya hanya enam minit berselang apabila lencongan tendangan bebasnya ditanduk masuk Teerasil.
Satu lagi kesilapan di benteng Thailand membenarkan Chhetri melancarkan serangan ketika separuh masa kedua baru berusia 55 saat apabila dia melepaskan rembatan deras dari jarak 18 ela ke sudut kiri atas gawang setelah Kuruniyan dan Udanta Singh mencipta gerakan tersebut.
Tandukan Chhetri tersasar untuk dia mencetak hatrik, begitupun Thapa memastikan kemenangan pasukannya selepas 68 minit usia permainan apabila menghasilkan jaringan hebat selepas mendapat bantuan daripada Singh.
Lalpekhlua menjadi pemain seterusnya untuk menewaskan Chatchai 10 minit kemudian. Dia menukar hantaran Halicharan Narzary dengan jaringan yang meletakkan India di puncak kumpulan yang turut dihuni tuan rumah, Emiriah Arab Bersatu (UAE), dan Bahrain.