JORDAN 2 SYRIA 0
Jordan menjadi pasukan pertama layak ke ke peringkat kalah mati Piala Asia 2019 menerusi kemenangan 2-0 ke atas Syria.
Mousa Suleiman menyumbat satu gol dan satu gol lagi disumbangkan Tareq Khattab untuk skuad bimbingan Vital Borkelmans itu merakamkan kemenangan selesa di Stadium Khalifa bin Zayed, Abu Dhabi, sebentar tadi.
Setelah mengalahkan Australia 1-0 dalam aksi pembukaan Kumpulan B, Jordan mengesahkan kemaraan sementara Syria -- belum mencetak sebarang gol dalam kejohanan ini -- memerlukan keputusan positif ketika menentang Socceroos, Selasa depan.
Selepas permulaan lembap, Jordan bagaimanapun berhasil mendahului permainan pada minit ke-26.
Yasen Bakheet berjaya melolosi bahagian sayap kiri lawan sebelum mencipta gerakan untuk Yousef Rawshdeh yang melepaskan umpanan rendah untuk disudahkan Mousa dari jarak dekat.
Gabungan pemain yang sama hampir memberikan ruang untuk mereka menambah gol tetapi rembatan Mousa melantun melepasi palang gol.
Mousa kemudian menyumbang kepada gerakan gol kedua Jordan yang menyaksikan sepakan lintangnya ditanduk kencang Tareq pada minit ke-43.
Syria terlepas peluang keemasan untuk bangkit selepas Omar Khrbin menanduk liar hantaran silang Fahad Youssef pada minit ke-50, sebelum rakan sepasukan, Ahmad Al Saleh, hampir tertampan bola ke gawang sendiri.
Omar Khrbin mensia-siakan peluang untuk Syria membuka akaun jaringan dalam Piala Asia, sementara Yasen hampir menghukum pintu gol Syria buat kali ketiga.
Begitupun, anak buah Borkelmans kini boleh mula memikirkan soal pusingan seterusnya selepas mengesahkan kemaraan.