Skip to main content

Bola Sepak

Piala Asia B-23: Indonesia ajar Australia cara main bola

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

indo.jpg
Indonesia cemerlang melakar kemenangan 1-0 berdepan pasukan gergasi Asia, Australia, dalam saingan Piala Asia B-23 di Stadium Antarabangsa Khalifa, sebentar tadi.

Australia berpeluang menghukum Indonesia pada awal separuh masa pertama selepas sepakan penalti diberikan pada minit ke 23 selepas bola terkena tangan Komang Teguh.

Tetapi penjaga gawang Indonesia kelahiran Semarang, Ernando Ari, berjaya menyelamatkan sepakan yang diambil oleh Mohamed Toure justeru menjadi pemangkin semangat buat skuad Garuda Muda untuk bangkit  dengan jaringan tunggal Indonesia hadir pada minit ke 45 perlawanan melalui pemain pertahanan, Komang Teguh.


 

Walaupun Australia mendominasi perlawanan pada separuh masa kedua, kehandalan benteng pertahanan negara jiran itu mudah mematahkan serangan demi serangan yang diatur pasukan lawan.

Kemenangan itu sekaligus membuka peluang buat Indonesia melangkah ke peringkat seterusnya dengan kini berada pada kedudukan ke dua dalam Kumpulan A.

Advertisement

Must Watch Video