BOLA SEPAK MSIA
Piala Asia B-17: Skuad negara perlu elak kesilapan mudah -- Osmera
Ketua jurulatih skuad B-17 negara, Osmera Omaro, percaya 24 pemain yang dibawanya ke Bangkok, Thailand bagi saingan Piala Asia B-17 bermula Khamis ini merupakan yang terbaik buat ketika ini.
Bagaimanapun, pengendali itu berasa terkilan kerana tidak dapat menyenaraikan dua tonggak utamanya, iaitu pemain tengah, Danish Iskandar Marzizul , dan pertahanan, Danish Darus, gara-gara kecederaan.
Osmera turut mengingatkan anak buahnya agar tidak melakukan kesilapan mudah seandainya mahu pergi jauh dalam kempen kali ini.
Iklan
"Skuad ini ramai pemain yang belum matang dan adakah mereka yang terbaik, kita masih belum tahu tetapi buat masa ini, kami rasakan inilah pemain yang mempunyai prestasi terbaik.
"Pada masa sama, kami terjejas dengan masalah kecederaan serius melibatkan pemain utama, Danish Iskandar dan ketua pasukan kami.
"Saya harap pemain pada tahun ini dapat sampai kepada perstasi terbaik mereka," katanya.
Malaysia akan memulakan kempen Kumpulan A, Piala Asia B-17 dengan menghadapi Yaman pada Khamis ini sebelum menghadapi tuan rumah, Thailand, dan Laos.
Sebagai rekod, empat pasukan terbaik yang layak ke separuh akhir kejohanan itu akan layak secara automatik ke Piala Dunia B-17 di Sepanyol pada November depan.
Must-Watch Video