Skip to main content

Bola Sepak

Piala AMEC: Wan Kuzain terkejut lihat aksi mantap Singapura singkir Harimau Malaya

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kuzain.jpg
Pemain warisan negara, Wan Kuzain Wan Ahmad, terkejut melihat kawalan bola yang dipamerkan Singapura ketika menyingkirkan Malaysia dalam saingan peringkat Kumpulan A, Piala ASEAN Mitsubishi Electric (AMEC) 2024, sebentar tadi.

Pemain berusia 26 tahun itu hadir menyaksikan perlawanan skuad kebangsaan yang berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan dan Singapura mara ke separuh akhir selepas muncul naib juara Kumpulan A di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), hari ini.


 

Sebelum ini, pemain itu dilihat berada di sebuah pusat beli belah di tanah air dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) turut menjelaskan pemain St. Louise City II di Major League Soccer (MLS) Next Pro itu dalam keadaan bersedia untuk menyarung jersi Harimau Malaya.

   

Advertisement

Must Watch Video