Skip to main content

Bola Sepak

Piala AMEC: Tiket perlawanan Laos hadapi Vietnam, Filipina tidak cecah RM5?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

laos-tiket.jpg
Persekutuan Bola Sepak Laos (LFF) telah meletakkan harga tiket bagi perlawanan mereka di peringkat kumpulan Piala ASEAN Mitsubitshi Electric Cup (AMEC), termasuk pertembungan dengan Vietnam, kurang daripada ASD1.

LFF telah mengumumkan pada 3 Disember lalu bahawa tiket untuk dua perlawanan mereka dalam aksi Kumpulan B, bertemu Vietnam (9 Disember) dan Filipina (15 Disember) dii stadium kebangsaan hanya berniai ASD0.91 (RM4), menjadikan pelrawanan di Laos antara yang termurah dalam kejohanan tersebut.

Rata-rata penyokong Laos cukup gembira dengan perkhabaran tersebut.

"Dengan harga tiket ini, peminat akan mempunyai lebih banyak peluang untuk menyokong pasukan kami di stadium,” kata peminat bola sepak, Meo Dum Saiykhaeng.

Selain perlawanan di tempat sendiri menentang Vietnam dan Filipina, Laos juga akan bermain di tempat lawan menentang Myanmar dan Indonesia dalam kumpulan B.

Advertisement

Must Watch Video