PIALA ASEAN
Piala AMEC: 'Syafiq Ahmad janji sumbat satu gol setiap perlawanan'
Penyerang skuad kebangsaaan, Muhammad Syafiq Ahmad, berasa teruja tersenarai dalam Piala ASEAN Mitsubishi Electric (AMEC) kali ini menjelang perlawanan pertama menentang Kemboja di Stadium Olimpik Phnom Penh, esok.
Dia menjelaskan setiap aksi dalam Kumpulan A merupakan penting untuk melakar kemenangan sekali gus mara ke pusingan seterusnya.
"Pertama sekali saya berasa teruja untuk kejohanan tahun ini. Untuk pasukan saya percaya kami boleh maju ke depan. Setiap perlawanan sangat penting, dan untuk perlawanan esok saya berharap meraih keputusan positif," katanya dalam sidang media praperlawanan hari ini.
Iklan
Sesi sidang media menjelang perlawanan pertama Kumpulan A, Piala Mitsubishi Electric ASEAN 2024, Kemboja lwn Malaysia telah berlangsung di Stadium Olimpik, Phnom Penh, sebentar tadi.▶️ Baca penuh di https://t.co/UYh6ACiFIg#FAM #HarimauMalaya #MitsubishiElectricCup pic.twitter.com/IpTqPwFfPk— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) December 7, 2024
Ketika ditanyakan mengenai Pau Marti Vicente yang akan menjadikan kempen Malaysia di Piala AMEC 2024 sebagai medan terakhirnya sebagai pengendali Harimau Malaya, jurulatih berusia 41 tahun itu mengatakan: "Dia janji jaringkan satu gol setiap perlawanan." tambahnya dalam nada gurauan.
Untuk rekod, Pau Marti Vicente akan melepaskan jawatannya selepas tamat kempen Piala AMEC 2024 susulan penstrukturan pasukan kebangsaan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Malaysia diundi dalam saingan Kumpulan A bersama Kemboja, Singapura, Thailand dan Timor-Leste.
SIDANG MEDIA PRAPERLAWANANKEMBOJA ?? ?️ ?? MALAYSIA? Syafiq Ahmad#MitsubishiElectricCup pic.twitter.com/zuuhEktQnI— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) December 7, 2024
Must-Watch Video