PIALA ASEAN
Piala AMEC: Sesi latihan Harimau Malaya diganggu dron di Phnom Penh
Ketua jurulatih skuad negara, Pau Marti Vicente, tidak berselindung di sebalik kekecewaannya apabila latihan rasmi skuad kebangsaan di Stadium Olimpik Phnom Penh terganggu dengan kehadiran dron di lapangan.
Harimau Malaya akan memulakan kempen Piala ASEAN Mitsubishi Electric (AMEC) dengan berdepan Kemboja di venue itu petang esok dan menjelang aksi penting berkenaan, Pau Marti kecewa apabila sesi latihan terhad pasukannya diganggu dengan perkara tidak sepatutnya.
Dia berkata dalam sidang media: "Semalam merupakan hari yang panjang kerana kami bangun pada 5.30 pagi untuk datang ke sini dan membiasakan diri dengan lokasi.
Iklan
"Secara keseluruhannya ia baik, layanan yang diberikan juga baik.
"Pemain dapat melakukan latihan semalam dan permukaan padang tidak terlalu teruk kerana secara amnya, amat sukar untuk menemui permukaan padang yang benar-benar baik di Asia Tenggara.
"Tetapi saya tidak tahu, saya tidak fikir ia daripada pasukan Kemboja. Kami berdepan masalah di mana ada beberapa dron di padang ketika kami sedang melakukan latihan.
"Jadi, ia amat mengganggu. Saya tidak fikir ia daripada pasukan Kemboja tetapi ia mengecewakan apabila kami perlu menghadapi masalah ini," katanya.
Must-Watch Video