Skip to main content

Bola Sepak

Piala AMEC: Pemain Sabah ditagih harungi suku akhir Piala Malaysia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

daniel-ting.jpg
Harimau Malaya bertambah tempang apabila tanpa kelibat pemain Sabah sempena perhitungan dengan Thailand di Stadium Rajamangala, Bangkok, Sabtu ini. 

Skuad Malaysia menampilkan prestasi kurang memberangsangkan dalam edisi sulung Piala ASEAN Mitsubishi Eletric (AMEC) 2024 berikutan terikat 2-2 dengan Kemboja dalam perlawanan pembukaan, disusuli memerlukan kebangkitan di Stadium Nasional Bukit Jalil sebelum menjinakkan Timor-Leste, malam tadi. 




Sang Badak menagih sentuhan empat tonggak kebangsaan mereka; Stuart Wilkin, Darren Lok, Dominic Tan dan Daniel Ting bagi tugasan getir perlawanan pertama suku akhir Piala Malaysia bertemu Kuching City pada Ahad ini. 

Dalam masa sama, pemain Selangor akan kekal sementara situasi Syafiq Ahmad yang bergelut dengan kecederaaan buku lali belum diketahui tatkala pasukan negara tiba di Bangkok sebentar tadi. 

 

Advertisement

Must Watch Video