Bekas legenda kebangsaan, Safee Sali, menyifatkan panggilan 26 pemain menghadapi Kejohanan Piala ASEAN Mitsubishi Electric 2024 mempunyai potensi yang tinggi.
Penjaring terbanyak edisi 2010 itu menganggap situasi seperti ketika di bawah bimbingan Datuk K. Rajagobal yang menggunakan resipi sama untuk mencipta kejuaraan peringkat Asia Tenggara itu.
Pau Marti Vicente menyenaraikan barisan 26 tonggak yang mengandungi kombinasi pemain muda dan senior dilihat mencuri tumpuan peminat tempatan.
Kemunculan semula Daniel Amier Norhisham selepas lima tahun selain empat bintang utama Sabah selain tiga pemain yang berpangkalan di luar negara iaitu Endrick Dos Sanbtos (Ho Chi Minh City), Fergus Tierney (Chonburi) dan Abu Khalil (Osaka) dan beberapa muka baru menghiasi pasukan Harimau Malaya.
"Ini adalah peluang mereka untuk menunjukkan prestasi yang terbaik terutamanya nama sepertu Muhammad Khalil, Daniel Amier dan Fazrul Amir.
"Satu peluang cerah di samping Malaysia meluaskan lagi pemilihan pemain pada masa akan datang," kata bekas pemain Selangor itu.