BOLA SEPAK MSIA
Piala AMEC: Kemboja adakan kem di Qatar, Harimau Malaya kesuntukan masa
Kemboja bukan lagi tiket mudah untuk Harimau Malaya menuai tiga mata perlawanan pertama edisi sulung Piala AMEC esok.
Hajat anak buat Pau Marti Vicente untuk membuka langkah kanan dalam kempen di Phnom Penh esok tampak berdepan laluan semakin berliku.
Hanya memulakan kem latihan pusat sejak kelmarin dan bertolak ke gelanggang lawan semalam, Pau Marti berdepan kesuntukan masa untuk mengharungi kempen yang diluarkan kalendar Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) itu.
Iklan
Pasukan dengan jolokan Kouprey itu yang kini tampak boleh menjadi pasukan kuda hitam, berdasarkan betapa seriusnya persiapan mereka yang mengadakan kem selama lima hari Qatar bagi mempersiapkan skuad berkenaan selain memperkemaskan taktikal yang cuba diterapkan jurulatih sementara, Koji Kyotoku.
Must-Watch Video