PIALA ASEAN
Piala AMEC: Jurulatih Indonesia mohon maaf, Asnawi Mangkualam tidak puas hati
Pasukan di ranking ke-125 Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Indonesia nyaris diaibkan oleh Laos dalam pertembungan Kumpulan B Piala ASEAN Mitsubishi Electric (AMEC) 2024 di Manahan, malam tadi.
Keputusan 3-3 itu mengejutkan peminat tempatan apabila Laos terlebih dahulu mendahului permainan meskipun Sang Garuda menguasai penuh keseluruhan perlawanan.
Menurut ketua jurulatihnya, Shin Tae-yong, keputusan seimbang itu memberi amaran buatnya tatkala mahu anak buahnya mara sejauh mungkin dalam kempen edisi kali ini.
Iklan
"Kedua-dua pasukan mempamerkan persembahan terpuji. Tetapi kami lebih banyak melakukan kesilapan dan ia pihak lawan berjaya memanfaatkan perkara tersebut.
Pelatih Timnas Indonesia, Shin Tae-yong, menyebut Marselino Ferdinan menyuguhkkan penampilan terburuknya saat pertandingan melawan Laos.Bagaimana dengan kalian? #Bolanet #Bolaneters #blcbm #MarselinoFerdinan #ShinTaeyong #TimnasIndonesia #PialaAFF2024 pic.twitter.com/j9ZYN1CWhQ— Bola (@Bolanet) December 12, 2024
"Kami minta maaf kepada semua penyokong yang sudah hadir ke stadium," katanya selepas aksi kedua itu.
Pemain berpengalaman Indonesia, Asnawi Mangkualam Bahar, berang dengan tindakan pengadil selepas tidak memberikan sepakan penalti ekoran kekasaran yang dilakukan pemain Laos dalam kotak penalti.
Situasi tegang di Stadium Manahan selepas Asnawi Mangkualam tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil perlawanan yang tidak memberikan sepakan penalti selepas dia dijatuhkan di dalam kawasan kotak penalti#AMEC2024 #IDNLAO pic.twitter.com/vS0oltYsyN— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) December 12, 2024
Sebelum ini, Indonesia juga berhempas pulas untuk menewaskan Myanmar 1-0 dalam aksi terdahulu.
Must-Watch Video