Skip to main content

Bola Sepak

Piala AMEC: Harimau Malaya pasukan kuat, ranking lebih baik -- Pengendali Kemboja

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kemboja.jpg
Pengendali sementara Kemboja, Koji Gyotoku, tidak menafikan Malaysia pasukan yang lebih baik susulan ranking skuad negara yang berada di kedudukan ke-132 berbanding pasukan kendaliannya di kedudukan ke-180 dunia. 

Namun, jurulatih kelahiran Jepun itu optimis untuk meraih keputusan yang positif memandangkan ini merupakan kejohanan pertamanya mengendalikan pasukan kebangsaan Kemboja sebagai ketua jurulatih walaupun bergelut dari aspek persiapan pasukan menjelang kempen Piala ASEAN Mitsubishi Electric (AMEC) 2024.

"Ini kali pertama saya menjadi jurulatih buat pasukan kebangsaaan, saya menjangkakan permintaan tinggi daripada penyokong. Saya akan lakukan yang terbaik untuk meraih keputusan positif buat pasukan.

"Mengenai persiapan, pasukan seperti Vietnam, Thailand dan Indonesia mempunyai persiapan yang baik tetapi Kemboja tiada persiapan sebelum kejohanan ini susulan faktor masa.


 


"Malaysia pasukan yang kuat tanpa mengira pemain yang berada dalam skuad mereka, saya juga melihat kedudukan ranking mereka yang lebih baik." katanya dalam sidang media praperlawanan hari ini.

Dalam pada itu, Kapten pasukan Kemboja, Kan Mo, percaya pasukannya dalam keadaan terbaik untuk memberikan cabaran serta saingan bagi mecipta kemenangan pertama dalam saingan Kumpulan H esok.

"Kami berdepan dengan lawan yang sukar iaitu Malaysia. Tetapi saya percaya dengan pasukan untuk beri saingan dan cuba untuk melakar kemenangan." tambahnya.

 

Advertisement

Must Watch Video