Segerombolan penyokong negara berdepan detik cemas apabila terpaksa menunggu keadaan reda sebelum dibenarkan meninggalkan Stadium Rajamangala, malam tadi.

Situasi tegang itu berpunca daripada kedua-dua pihak yang saling berbalas provokasi tetapi keadaan itu terkawal walaupun pada awalnya sebilangan penyokong tempatan sudah menunggu di luar stadium.

Skuad Gajah Perang beroleh tiga mata untuk menguasai persada Kumpulan A Piala ASEAN Mitsubishi Electric (AMEC) 2024 hasil jaringan tunggal Patrik Gustavsson pada minit ke-57.

Wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, memberitahu bahawa tiga penyokong negara tercedera tetapi semuanya dapat meninggalkan stadium.