Penyokong Malaysia yang tercedera akibat dipukul oleh penyokong tuan rumah di Stadium Rajamangala mendapat perhatian segera daripada Persatuan Bolasepak Thailand (FAT).
Dalam kejadian sejurus tamat perlawanan Piala ASEAN Mitsubishi Electric (AMEC) 2024 itu, penyokong Malaysia terpaksa menunggu keadaan reda sebelum meninggalkan stadiu,/
Seorang penyokong Malaysia dipercayai menjadi mangsa kepada peminat fanatik yang dikenali sebagai Casual Thailand sebelum diselamatkan oleh penyokong tempatan.
Mangsa telah ditempatkan ke Hospital Smitivet, Srinakharin, menjalani ujian imbasan kerana hentakan di kepalanya sambil kos rawatannya dibiayai oleh badan induk itu.
Wakil FAT kemudian memaklumkan bahawa penyokong itu berhajat untuk terbang pulang hari ini dan mendapatkan rawatan susulan di tanah air.
Presiden FAT, Madam Pang, turut menyeru kawalan keselamatan dipertingkatkan agar kejadian serupa tidak berulang.
Shaiful Shamsudin
Sun Dec 15 2024