Pasukan Banggol Tok Ku (BTK) FC meraih kemenangan dramatik 5-3 dalam penentuan penalti bagi mengatasi Majlis Daerah Besut (MDB) dalam aksi final Piala Amatur Terengganu, semalam.
Layangan kad merah buat Mohd Sukri Faiz pada minit ke-21 tidak menghalang jaringan pendahuluan BTK FC menerusi Muhammad Shaiful Rahimie pada minit ke-34.
Babak kedua jelas menjadi milik MDB -- yang turun selaku juara liga -- dengan Mohd Akid Wahab menyamakan kedudukan menerusi tandukan kemas pada minit ke-50.
MDB kemudian di depan hasil jaringan Syarul Fazlie Syamsudin pada minit ke-114, namun rembatan lencong Ibrahim Mat Rasid menjadikan kedudukan 2-2 tiga minit selepas itu.
Perlawanan berlanjutan hingga ke penentuan penalti dan penjaga gol BTK, Muhammad Redzuan Ghazali, muncul wira pasukannya selepas menyelamatkan sepakan yang diambil Syarul Fazlie.
Selaku juara, BTK FC memenangi wang kemenangan RM12,000 berserta pingat dan trofi.
MDB pula membawa pulang RM8,000 dan pingat selaku naib juara.
"Bukan mudah untuk beraksi dengan 10 pemain dalam tempoh 100 minit, namun kami tidak mudah patah semangat untuk mencipta kejayaan.
"Kejuaraan ini menebus kehampaan dalam saingan liga di mana kami hanya berada di tangga kelima," kata jurulatih BTK FC, Mohd Nazeri Mat Ali.