Ketua jurulatih skuad negara, Tan Cheng Hoe, terpaksa mengetepikan khidmat Akhyar Rashid menentang Maldives esok selepas pemain muda itu kembali dilanda kecederaan dan secara tidak langsung meletakkan peluangnya kian samar untuk berada dalam senarai akhir ke Piala AFF.
Akhyar yang baru pulang dari Indonesia selepas membantu skuad B-19 dalam Kejohanan AFC tempoh hari tidak mampu bermain selama 90 minit dalam dua daripada tiga perlawanan di sana.
Situasi itu dilihat terus berpanjangan apabila bersama skuad negara dan namanya kini menjadi calon utama antara tiga nama yang mungkin digugurkan jika tahap kecederaannya dilaporkan serius.
Keadaan itu berlaku sebaliknya buat pemain tengah, Kenny Pallraj, yang sudah pulih sepenuhnya daripada kecederaan yang menimpanya dalam aksi final Piala Malaysia, Sabtu lalu.
"Kenny dibelenggu kecederaan sepanjang tiga hari lalu dan Akhyar pula masih belum cergas.
"Akhyar akan tersisih untuk aksi malam esok.
"Saya akan melihat perlawanan esok terlebih dahulu sebelum memutuskan tiga pemain yang akan digugurkan untuk Piala AFF," ujar Cheng Hoe.
Sementara itu, jurulatih Maldives, Petar Segrt, menuntut pemainnya agar segera melupakan kejayaan muncul juara Kejohanan Trofi Rantau Asia Selatan (SAFF) dua bulan lalu berikutan ujian berdepan Malaysia pasti jauh berbeza.
Pasukan di ranking ke-151 dunia itu dijangka akan memberi peluang kepada ramai pemain muda, termasuk penjaga gol berusia 20 tahun, Hussain Shareef.
"Untuk mencipta kemenangan, kami perlu melupakan kemenangan SAFF kerana Malaysia tidak akan menghormati kami.
"Satu-satunya aspek yang diperlukan ialah kami bersedia.
"Saya sudah berpesan kepada para pemain, sebaik memenangi piala, kami perlu bermula dari bawah semula.
"Selepas kejayaan SAFF, tiada siapa akan bertanyakan kepada anda lagi mengenai kejayaan semalam," katanya.
Dalam masa sama, ketua pasukan merangkap penyerang negara, Zaquan Adha Abdul Radzak, mengakui sedikit tercabar selepas gagal menyerlah dalam dua aksi persahabatan lalu ketika berdepan Sri Lanka dan Kyrgyzstan.
Oleh itu, pertembungan dengan Maldives di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam esok mahu dijadikan batu loncatan buat Zaquan dalam misi meraih kembali prestasi yang didambakan bersama skuad negara.
Kali terakhir Malaysia berdepan Maldives ialah pada 26 November 2009 di Stadium Petaling Jaya yang memperlihatkan skuad negara tewas 0-1.
"Sesi latihan dan perlawanan persahabatan adalah ujian manakala Piala AFF adalah penentu untuk saya membuktikan kepercayaan yang diberikan jurulatih.
"Saya tidak perlu mengambil pusing kritikan orang luar, yang penting jurulatih menaruh kepercayaan kepada saya dan saya mengikuti arahan beliau," ujar Zaquan.